Want your
own Fotopage?






 
rusdi's FotoPage

By: rusdi abu bakar

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  >  >>]    [Archive]
Friday, 9-Nov-2007 17:25 Email | Share | | Bookmark
14 October 2007

 
 
 
 
 
 
 
 
 
View all 30 photos...
14 October 2007 telah secara rasminya tercatat dalam sejarah hidup aku sebagai hari paling bersejarah dan bermakna, aku telah di ijab kabul dengan dengan gadis idaman aku selama ini, selama 9 tahun aku dan mas mempertahankan hubungan cinta kami, akhir nya alhamdulillah kami di satukan.

pendekar 4 mata........kahwin dan ada tahun depan 1 seorang Wed 2-Jan-2008 12:56
Posted by:ROHAFIZAN BIN YACOB
Add comment


Saturday, 15-Sep-2007 05:53 Email | Share | | Bookmark
Merdeka d Dubai

 
 
 
 
 
 
View all 18 photos...
9 Sept 2007 yang lepas satu lagi sambutan kemerdekaan malaysia diadakan, kali ini tiba giliran Dubai menjadi tuan rumah selepas minggu sebelumnya berlangsung di Abu Dhabi.

Sambutan Kemerdekaan kali ini berlangsung di 'Green Community' Marriott Courtyard. Agak berbeza dengan sambutan di Abu Dhabi, kali ini diadakan di ballroom hotel, agak selesa sedikit dengan acara yang agak banyak diadakan seperti kuiz mengenali malaysia, pertandingan mewarna jalur gemilang. sambutan para hadirin jugak amat menggalakkan, pelbagai kaum datang meraikan Kemerdekaan Negara yang ke 50 ini.

Susanan muhibbah ini amat aku hargai semua bangsa & agama bertanya khabar community malaysian di Dubai ini agak bagus, bersatu dalam banyak hal. Tetapi bagi golongan muda remaja disini aku sangsi dengan semangat patriotik mereka apabila ada yang tidak tahu Kelantan itu merupakan salah satu negeri didalam persekutuan Malaysia. atau pun mmg Kelantan mmg telah 'terasing dari persekutuam Malaysia? aku berasal dari sana & merasa amat kecewa dengan pekara ini.

Apapun seperti biasa aku menjadi jurufoto pada hari itu & hari itu juga merupakan hari bertuah untuk aku selepas aku memenangi cabutan bertuah (tempat ke 5) ini hari bertuah aku kedua selepas aku memenangi cabutan bertuah pada pertama kalinya semasa aku darjah 5 di Sekolah Kebangsaan Pasir Pekan Kelantan. selepas 15 tahun aku sekali lagi dapat hadiah cabutan bertuah

Care to comment?


Saturday, 1-Sep-2007 07:55 Email | Share | | Bookmark
MERDEKA!!!

 
 
 
View all 36 photos...
31st Ogos 2007, kali ke 3 aku meyambut Merdeka di bumi UAE ni. Agak berbeza manyambut kemerdekaan di negara orang berbanding menyambut nya di negara sendiri, rasa semangat patriotik tu lebih sedikit.

Pagi 31st Ogos 2007 aku masih tidur lagi, Ja call aku ajak aku pergi abu dhabi sambut merdeka, aku tahu dari awal lagi ada sambutan merdeka di abu dhabi, tapi diam2 jela aku tak ada kenderaan untuk kesana. nasib baik diaorang ingat kat aku & ajak aku pergi sama.

7am aku dah siap dan ja & the gang pun dah tunggu dekat bawah blok bangunan yang aku tinggal. boleh tahan jugak konvoi ke abu dhabi ni ada dalam 12 kenderaan. aku naik kereta Nik, sekali dengan Zarul, Ja & Nasir.

Pukul 9am tepat kitaorg sampai dekat pejabat kedutaan besar malaysia di Abu Dhabi, ramai orang dah masa tu tambah dengan rombongan dari dubai lagi agak sesak kat dalam kawasan pejabat kedutaan malaysia. mungkin diaorang tak manyangka orang akan datang seramai itu sebab aku dengar tahun lepas tak ramai yang datang. tahun ni bila dia buat terbuka untuk semua mesti la ramai orang datang, Demi Malaysia Tercinta....

Alhamdulillah semua berjalan lancar cuma kesesakan tu biasa la sebab tempat yang agak terhad.

Apapun tahniah kepada pihak kedutaan yang menganjurkan majlis ni. dan kepada negaraku Malaysia selamat menyambut ulangtahun ke 50.

sedey citer mu...... Sun 2-Sep-2007 09:02
Posted by:fatimah brufren@hotmail.com
Add comment


Saturday, 23-Jun-2007 08:33 Email | Share | | Bookmark
Dubai Festival City

 
 
 
View all 10 photos...
Dubai Festival City (DFC) ni antara project2 awal Gartner dekat UAE ni (Gartner tu company yang aku kerja la). nice place and very modern infrastructure. ok aku tak tau nak tulis apa pasal DFC ni just enjoy the photos

Care to comment?


Monday, 9-Apr-2007 18:09 Email | Share | | Bookmark
Saturday at Emirates Mall

Sheikh Zayed Road
Burj Dubai UC
Emirates Mall 01
View all 18 photos...
lepas 3 minggu aku tak cuti, banyak kerja nak mampus, minggu ni aku kluar pegi emirates mall dengan Ja n Halim. actually pergi tukar speaker. haru jumaat tu aku beli speaker, rosak plak. lepas tukar speaker terus pergi emirates mall. kat sini aku lepas kan gian ambik gambar. lama sangat dah aku tak pegang camera.

Care to comment?


Saturday, 31-Mar-2007 07:28 Email | Share | | Bookmark
Raya Puasa

 
 
Lambat nak upload gambar raya ni, masa aku tengah tgk gambar2 lama terjumpa gambar raya lepas 2 keping. lepas ambik gambar ni aku naik kat apartment sambung tido, ni gambar masa nak pergi sembahyang raya dekat Al Nasr Club Masjid.

Care to comment?


Friday, 19-Jan-2007 09:32 Email | Share | | Bookmark
Dubai Shopping Festival (DSF) Event at Creek Side Bur Dubai.

 
 
 
View all 36 photos...
Malam tadi aku pergi dekat salah satu event yang berlangsung sekarang ni sempena DSF, aku rasa malas la pulak nak menulis, korang tengok gambar je lah dulu. nanti aku sambung tulis pasal event ni.
Aku sambung balik malas nak kerja rasa ni. hehehehehe
sebenarnye event ni untuk tonjol kan kebudayaan negara2 arab macam UAE sendiri, Yemen, Egypt, Syiria, Morocco etc cuma ada satu negara je yang bukan arab tapi ada jugak dekat event ni, apa lagi kalau bukan India, kan diorg pun majoriti dekat gulf ni.
Wakil malaysia pun ada Power Root!
banyak yang boleh aku tengok dekat sini maksud banyak tu kebudayaan arab la, walau pun tak setanding budaya kita (bagi aku la) at lease aku boleh kenal budaya asing lebih dekat.
Kalau kauorg dh tengok semua fotopages aku ni mesti ada yang relize ni kawasan yang sama dengan yang sebelum ni aku upload dekat fotopages ni. memamg betul ni kawasan sama, tapi waktu malam. aku suka kawasan ni, sentimental....
di samping tu juga banyak barang2 kraf dr negara2 arab n india di jual disini dari pakaian sampai ke alat logam. mlm ni kalau sempat aku upload lagi gambar kat sini. TQ

visit malaysia 2007 malaysia, truly asia
jom jalan2 semuanya ada di malaysia
Fri 19-Jan-2007 12:25
Posted by:KNizam  - [Link]
walla... comelnya jubah2 tue... kirim boleh?? Fri 26-Jan-2007 09:07
Posted by:Mummy Umairah&Darwisy  - [Link]
wah...banyak baju tue....raya nie aku nak tau.... Sat 23-Jun-2007 06:03
Posted by:fatimah brufren@hotmail.com
Add comment


Friday, 19-Jan-2007 07:05 Email | Share | | Bookmark
My shoes collection

Massimo Dutti
Timberland
Rockport
View all 10 photos...
Tak ada kerja.
koleksi kasut aku, kalau kau nampak yang baru tu aku beli dekat sini la, yang lama aku beli dekat malaysia.

Care to comment?


Friday, 29-Dec-2006 09:25 Email | Share | | Bookmark
Global Village

 
 
 
View all 48 photos...
Sekarang ni kat Dubai tengah gila shopping, (Dubai Shopping Festival). salah satu event yang diaorg buat ialah Global Village. Dekat Global Village ni ada jual macam2 product dari pelbagai negara (Malaysia je tak de kecuali tongkat ali). Global Village ni bukak selama 2 bulan je, masa winter. barang2 kat sini ok, ble consider murah, aku sambar jeket kulit satu AED140.00 beli kat Pakistan punya tempat.

terima kasih.
suka tgk foropages kakak happy family
Thu 11-Jan-2007 18:17
Posted by:unnamed
Rusdi... lama lg ker awak keja kat sana tue???
Ada sorg kawan dok Abu Dhabi... cuti ari tu pi bercuti ke Al-Ain... cantek betul lah gambar dia.... awak dah sampai sana??? bole lah tengok2 kat sini...
http://aekayayaizz.fotopages.com
Sat 13-Jan-2007 04:40
Posted by:Mummy Umairah&Darwisy  - [Link]
Dah, saya dah pergi tapi bukan semua la, dekat Jebel Hafeet je, ada gambar kat fotopages saya ni. tak tahu lagi sampai bila sebab saya permenant sini. tgh tahun ni atau hujung tahun insyaallah saya bawa wife datang sini. Sat 13-Jan-2007 08:00
Posted by:Rusdi
View all 4 comments Add comment


Wednesday, 27-Dec-2006 16:16 Email | Share | | Bookmark
Baloon

 
 
 
View all 34 photos...
Hari ni aku pergi meeting dekat Al Khail Road, Limitless Office dengan bos aku. siap meeting dalam pukul 4.30 ptg lepas kluar dari pagar Limitless tu aku tengon banyak sangat belon panas, datang dar arah Jumairah, dekat dengan Burj Al Arab, n landing dekat dengan Dubai Sport City. see the picture.

Care to comment?


[<<  <  [1]  2  3  4  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.